Thursday, 15 November 2012

KONSEP TAHUN LOMPAT

Gambar rajah berbentuk garis nombor boleh dilukis untuk menunjukkan corak kejadiaannya tahun lompat dengan lebih jelas.
Melalui garis nombor ini, kita boleh lihat bahawa, tahun lompat akan berlaku sekali dalam 4 tahun atau setiap 4 tahun sekali.

HELAH DARAB 50

Ubahsuai HELAH DARAB 5 dengan penambahan 0. Apa yang anda perlu tahu ialah..


50 = 100 x 1 / 2 ATAU 1 / 2 x 100


Contoh:
26 x 50 = 13
26/2 = 13
13 x 100 = 1300

atau

26 x 100 = 2600
2600/2 = 1300

Yang paling penting ialah latih tubi adalah cara yang paling berkesan untuk mengukuhkan kemahiran matematik anda.

HELAH DARAB 25

Helah ini ada sedikit persamaan dengan helah darab 5. 

Anda perlu tahu 
25 = 1 / 4 x 100, 

Jadi untuk darabkan dengan 25, kita hanya mengurangkan jumlah setengah sebanyak dua kali (atau membahagi empat). dan memindahkan titik perpuluhan 2 titik ke kanan. Atau sebaliknya jika anda inginkan.

Contoh:
25 x 96 = ?
100 x 96 = 960
960/2= 480
480/2 =240

Practice make perfect!

HELAH DARAB 5

Dalam mempelajari helah darab 5, sesuatu yang perlu difahami ialah 5 boleh dianggap sebagai 1/2 daripada 10 atau sebaliknya.

Seperti kita ketahui, sangat mudah untuk melipatgandakan nombor 10 menggunakan HELAH SEPULUH.

Contoh: 
Darabkan nombor dengan 10 terlebih dahulu
24 x 5 =
(Fikirkan: 24 darab 10 adalah 240, dan setengah dari 240 adalah 120.
Jadi 24 x 5 = 120. 

Bahagi nombor yang ingin didarab dengan 2
24/2 =12
kemudian 12 didarabkan  10 = 120

Nak gunakan kaedah yang mana?
Ikutlah citarasa masing-masing dan kesesuaian.

MENDARAB 2 DIGIT NOMBOR DENGAN 2 DIGIT NOMBOR DENGAN MUDAH

Contoh 1:



Langkah satu:
Darabkan nombor yang berada dalam rumah puluh (nombor yang bergaris hijau) dan tuliskan jawapanya. Lihat contoh.


2 x 4 = 8


Langkah2:
Letak dahulu satu garis kosong bersebelahan dengan nombor 8.


Letakkan dulu satu garis kosong. jangan isi apa-apa nombor.


Langkah 3:
Darabkan pula nombor yang berada dalam rumah sa (nombor yang bergaris merah), dan tuliskan jawapannya bersebelahan dengan garis kosong.


3 x 1 = 1


Langkah 4:
Sekarang, kita akan mendarabkan nombor nombor dalam rumah puluh dengan nombor dalam rumah sa dan mencampurkan kedua-dua hasil untuk mendapatkan jawapan. Lihat anak panah dalam rajah untuk mengetahui bagaimana pendaraban dilakukan.


Hasil darab 2 x 1 = 2 dan hasil darab 3 x 4 = 12 dicampurkan menghasilkan jawapan 14. Nombor 4 diletakkan di garisan kosong tadi dan 1 dibawa atas nombor 8.


Langkah 5:
1 atas tangan dicampurkan dengan nombor 8 menghasilkan jawapan 9. Maka hasil akhir jawapan ialah 943.


Semak semula pengiraan menggunakan pengiraan dalam bentuk lazim atau guna sahaja kalkulator.