DARAB PINTAS
32 x 8 = ?
Bagaimanakah caranya untuk mendarab nombor di atas dengan mudah tanpa menggunakan bentuk lazim?
Senang sahaja.. ikut langkah-langkah ini.
1. Bundarkan 32 kepada puluh yang hampir.
32 = 30
2. Darabkan 30 dengan 8.
30 x 8 = 240
3. Ambil baki nombor 30 iaitu 2 dan darabkan dengan 8.
2 x 8 = 16
4. Tambah kedua-dua jawapan yang diperolehi dalam langkah 2 dan 3.
240 +16 = 256
Maka jawapan yang terakhir ialah 256
Anda
boleh semak dengan melakukan pengiraan semula dalam bentuk lazim. Kita
akan belajar mendarab nombor ratus dalam pelajaran yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment